+ Pengenalan


Warisan Bonda Food Supplies  merupakan sebuah  perniagaan tunggal  Bumiputera, yang   telah  ditubuhkan  pada  05hb Julai 2005. No. Pendaftaran adalah 001560229-T.  Warisan Bonda Food Supplies memulakan perniagaan berbekalkan modal sebanyak RM 10,000.00 .

Pada permulaan perniagaan, Warisan Bonda Food Supplies menjalankan perniagaan  makanan sejuk beku ( kuih-muih ) menggunakan konsep penghantaran ke rumah pelanggan ( door to door service ). Kemudian barulah Warisan Bonda Food Supplies mengembangkan sedikit perniagaannya dengan menjalankan perkhidmatan katering ke tempat pelanggan. Pada peringkat permulaan perkhidmatan katering yang di jalankan hanyalah dengan menyediakan makanan dan di hantar ke tempat pelanggan tanpa menghidangkan dan menyediakan kakitangan untuk menguruskan majlis tersebut.

Kini setelah berdaftar dengan Kementerian Kewangan, Warisan Bonda Food Supplies mula menjalankan perkhidmatan katering secara lebih terancang dengan menyediakan perkhidmatan katering berserta dengan segala peralatan menghidang dan kakitangan syarikat untuk memberi layanan dan memastikan majlis pelanggan berjalan dengan lancar.

Motto bagi perniagaan kami adalah “ Quality is Our Priority ”. Dengan berbekalkan pengalaman yang ada kami  berusaha untuk mengembangkan perniagaan kami.  Demi untuk memastikan pelanggan berpuashati dengan perniagaan kami, Warisan  Bonda Food Suppllies mengambil  tukang masak yang khusus bagi setiap jenis masakan contohnya masakan Melayu masakan Minang, masakan Mamak dan masakan Western.